Enable JavaScript to visit this website.

Berapakah jam tidur setiap hari yang diperlukan oleh orang dewasa?

Q. Image: 
Malay
Description: 

Adakah anda berasa tidak cukup segar dan cerdas apabila anda bangun tidur pada waktu pagi, dan berasa letih sepanjang hari? Atau, adakah anda sering berasa mengantuk semasa anda tidak membuat apa-apa? Jika jawapan anda adalah ya, ia mungkin bermaksud anda tidak cukup tidur.

Jumlah jam tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada kumpulan umur. Secara am, ia disyorkan orang dewasa (termasuk orang tua) mendapatkan 7–8 jam tidur setiap malam.1 Namun demikian, satu kajian menunjukkan bahawa kebanyakan dewasa di Malaysia hanya mendapat 6.4 jam tidur secara purata.2

8 jam – 6.4 jam = 1.6 jam

Secara am, ini bermaksud kita kekurangan 1.6 jam tidur setiap malam. Apabila jangka masa kekurangan tidur ini bertambah, seseorang akan kekurangan tidur sebanyak 11.2 jam seminggu. Kekurangan tidur untuk jangka masa panjang adalah buruk untuk kesihatan anda!

 

Jumlah tidur yang disyorkan berdasarkan kumpulan umur1:

  • Bayi baru lahir: 16–18 jam/hari
  • Kanak-kanak tadika: 11–12 jam/hari
  • Kanak-kanak sekolah: Sekurang-kurangnya 10 jam/hari
  • Remaja: 9–10 jam/hari
  • Dewasa: 7–8 jam/hari

Adakah anda kekurangan tidur?1

Diari tidur boleh membantu anda mengenalpasti sama ada anda kekurangan tidur.

Catatkan jumlah anda tidur setiap malam, perasaan kecerdasaan dan cukup rehat yang dialami pada waktu pagi, dan betapa mengantuk anda berasa sepanjang hari.

Bandingkan jumlah masa anda tidur setiap malam dengan jumlah yang disyorkan untuk kumpulan umur anda.