Enable JavaScript to visit this website.

Adakah anda tidur dengan cara yang betul?

Q. Image: 
Malay
Description: 

Anda menyedari kepentingan tidur semalaman yang baik dan selalu tidur untuk jumlah masa yang disyorkan; namun demikian, anda masih rasa tidak cukup rehat apabila anda bangun pada hari yang berikutnya. Ini mungkin bermaksud anda tidak mendapat tidur yang berkualiti atau anda tidak tidur dengan betul. Berikut adalah tips/panduan yang boleh memperbaiki tidur malam anda1:

  • Selaraskan jadual tidur anda. tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari (termasuk hujung minggu). Jangan anggap bahawa anda boleh gantikan kekurangan tidur anda dengan masa tidur yang lebih panjang pada masa anda tidak bekerja. Tidur tambahan pada hari cuti mungkin boleh mambantu anda berasa lebih baik, tetapi, ia boleh merosakkan rithma bangun-tidur badan anda.
  • Sediakan badan anda untuk tidur. Gunakan sejam sebelum tidur untuk masa senyap (sila pastikan TIADA televisyen, TIADA telefon bimbit, TIADA kerja).
  • Elakkan hidangan yang besar beberapa jam sebelum tidur (snek ringan boleh diambil).
  • Elakkan nikotin (contohnya, rokok), kafeina (contohnya, teh, kopi, coklat) dan minuman alkohol
  • Beraktiviti fisikal sepanjang hari – bersenam (tetapi, jangan buat senaman kuat 2–3 jam sebelum tidur).
  • Elakkan ubat yang boleh menangguhkan atau mengganggu tidur anda. Jika anda mengambil ubat, bincang dengan doktor anda untuk mengetahui sama ada ubat-ubat itu yang penyebab anda kekurangan tidur.
  • Pastikan suasana sesuai untuk tidur. Pastikan bilik tidur senyap, dingin dan gelap.
  • Mandi air panas sebelum tidur.
  • Bersantai sebelum tidur (contohnya, membaca buku atau mendengar musik yang menenangkan).

Jika anda mengalami corak tidur yang tertentu, seperti memerlukan lebih daripada 30 minit untuk tidur setiap malam, bangun beberapa kali, atau sering tidur sekejap, anda patut berbincang dengan doktor anda untuk mengenal pasti jika anda ada gangguan tidur atau masalah kesihatan yang lain.1

 

Patutkah kita tidur siang?

  • Tidur siang di tengahhari boleh memberi rangsangan dari segi kecergasan dan pelaksanaan untuk jangka masa pendek.1
  • Kajian menunjukkan bahawa kekerapan tidur siang di tengah hari boleh membantu menurunkan tekanan darah.4
  • Namun demikian, tidur siang tidak dapat memberi manfaat yang didapati daripada tidur malam. Oleh itu, jangan gunakan tidur siang sebagai cara anda “membayar balik” kekurangan tidur anda.1
  • Jika anda ada kesusahan untuk lelap pada waktu malam, anda patut mengehadkan tidur siang atau tidur siang lebih awal pada waktu petang (sebelum 3 pm, untuk <20 minit).1

 

Tidur awal dan bangun awal membuatkan anda sihat, kaya dan bijak! Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi setiap malam. Dengan tidur yang mencukupi, anda akan mendapati bahawa anda lebih gembira dan produktif pada hari berikutnya.