Enable JavaScript to visit this website.

Penilaian retinopati dan mengurangkan risiko

Q. Image: 
Malay
Description: 

Berapa kerap saya perlu memeriksa mata?

Jika anda menghidap diabetes, penilaian/pemeriksaan untuk retinopati perlu dibuat sekurang-kurangnya sekali setahun,4,7 dan lebih kerap jika kemerosotan telah berlaku. Jika anda ada diabetes jenis 2, penilaian perlu dibuat pada kali pertama anda didiagnos dengan diabetes.4 Jika retinopati diabetes dikesan awal, perubahan gaya hidup dan/atau rawatan boleh menghalang kemerosotan.7

Bagaimanakah saya boleh mengurangkan risiko saya mendapat retinopati diabetes?

Jika anda mengawal paras gula, tekanan darah dan kolesterol, risiko anda mendapat retinopati akan menurun. Ambillah ubat diabetes anda, dan sentiasa ingat mengenai faktor-faktor gaya hidup juga – pastikan  berat badan sihatdiet sihat, aktif secara fizikal , dan elak daripada alcohol dan elak daripada alkohol dan merokok. Hadir ke janji temu pemeriksaan anda dan dapatkan rawatan dengan segera jika terdapat sesuatu yang tidak betul dengan penglihatan atau mata anda.6,7 Uji paras gula darah dan keton kencing anda dengan kerap.5