Enable JavaScript to visit this website.

Apakah yang boleh dibuat dengan penyakit buah pinggang diabetes?

Q. Image: 
Malay
Description: 

Kawalan darah gula dan tekanan darah yang baik merendahkan risiko dan perlahankan kemaraan penyakit buah pinggang. Berhenti merokok, teruskan aktiviti fisikal, kurangkan berat badan, makan dengan sihat dan kurangkan pengambilan garam.4,8,9

Anda mungkin akan diberi “ angiotensin-converting enzyme inhibitor or angiotensin II receptor blocker” - ubat menurunkan tekanan darah yang boleh menangguhkan kemaraan penyakit buah pinggang.8 Bincanglah dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Jika penyakit buah pinggang bertambah teruk, anda mungkin akan dinasihati untuk kurangkan makan protein untuk menangguhkan kemerosotan buah pinggang.4 Mengehadkan makanan yang tinggi dalam kandungan potasium, fosfat atau sodium membantu mencegah bahan lumuh daripada bertambah banyak di dalam badan. Walau bagaimanpun, bincanglah dengan pakar diet sebelum membuat perubahan kepada diet anda.8 Dialisis atau pemindahan buah pinggang akan diperlukan jika buah pinggang gagal.9