Enable JavaScript to visit this website.

Apakah itu neuropati diabetes?

Q. Image: 
Malay
Description: 

Neuropati diabetes ialah kerosakkan saraf yang disebabkan oleh diabetes.1
Paras gula darah tinggi akan mencederakan saluran darah kecil yang
membekal kepada serat saraf, lalu menyebabkan kerosakkan saraf.2 Serat saraf di seluruh badan boleh mengalami kerosakan, tetapi keadaan ini biasanya melibatkan saraf di kaki dan betis.1

Walaupun neuropati diabetes ialah komplikasi yang teruk, ia boleh dicegah atau perkembangannya boleh diperlahankan dengan kawalan gula darah yang baik dan gaya hidup yang sihat.1

Apakah simptom-simptom neuropati diabetes?

Simptom-simptom bergantung kepada1:

  • Jenis neuropati
  • Saraf yang terlibat

Jenis neuropati yang biasa berlaku:

1. Deria

  • Kerosakkan saraf yang mengesan sentuhan, suhu dan kesakitan. Biasanya
    menjejaskan kaki dan betis, tetapi juga boleh menjejaskan tangan dan lengan2
  • Simptom-simptom2,3:
    • - Sesemut dan perasaan mencucuk (kesemutan)
    • - Kekebasan, kurang upaya mengesan kesakitan atau perubahan suhu
    • - Hilang koordinasi
    • - Kesakitan yang panas membakar atau tercucuk-cucuk
    • -Kesakitan daripada rangsangan yang biasanya tidak menyebabkan
      kesakitan, contohnya, sentuhan yang ringan
  • Hilang perasaan di kaki – ia adalah merbahaya jika anda tidak perasan mengenai perubahan ini kerana luka yang kecil boleh menjadi teruk tanpa disedari. Luka kecil boleh menjadi jangkitan, ulser atau kelemayuh (gangren). Jangkitan yang merebak boleh menyebabkan kematian tisu yang tidak boleh dirawat dan mungkin memerlukan amputasi jari kaki, kaki atau anggota bawah.1,2

2. Autonomik

  • Melibatkan saraf kepada organ-organ dan kelenjar-kelenjar anda yang mengawal fungsi diluar kawalan seperti penghadaman, kadar jantung dan fungsi seksual2
  • Boleh mengakibatkan1,2:
    • - Perut lambat mengosong. Simptom-simptom termasuk kembung, loya, muntah, hilang selera, sembelit atau cirit-birit
    • - Tidak dapat mengawal pundi kencing
    • - Kadar jantung yang berubah-ubah
    • - Kurang atau lebih berpeluh
    • - Mati pucuk (disfungsi erektil)
    • - Masalah mengawal suhu badan
    • - Kurang peka kepada paras gula darah yang rendah
    • - Tekanan darah rendah, membuat anda berasa pitam atau pening selepas duduk atau berdiri

3. Motor

  • Kerosakkan kepada saraf yang mengawal pergerakan otot2
  • Boleh mengakibatkan2,3:
    • - Kelemahan otot, menyebabkan kejatuhan atau masalah membuat tugas
    • - Otot menjadi kecil, kurang aktiviti menyebabkan kehilangan tisu otot
    • - Otot sentak atau kejang
    • - Jatuh kaki, iaitu kesusahan mengangkat bahagian depan kaki